Monday, April 13, 2009

Rizal - IKON KAPAR



Seorang anak Kapar, Mohd Rizal Tisin berjaya meraih pingat gangsa sulung negara dalam acara 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland. ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yakin lebih ramai anak tempatan mampu menempa nama dan mengharumkan nama negara di peringkat dunia dunia dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang sukan sekiranya berusaha gigih.

Beliau berkata demikian pada majlis kesyukuran serta meraikan kejayaan jaguh lumba basikal. Kejayaan Mohd Rizal, 25, anak jati Kampung Batu Empat, Jalan Kapar di lihat sebagai ikon rakyat yang sentiasa gigih berusaha tanpa jemu.

No comments:

Post a Comment