Wednesday, July 1, 2009

Guru terus terbela di Kapar

Guru merupakan species yang sangat bernasib baik. Nasib guru, kebajikan guru sentiasa menjadi keutamaan perjuangan Umno.

Kalau dulu kebanyakan guru adalah terdiri dari bangsa penjajah dan bangsa asing, tetapi hari ini kita berbangga orang Islam telah memegang tampuk pentadbiran perguruan dari peringkat Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah.

Gaji guru juga sekarang tinggi, bermacam kemudahan yang kerajaan Umno berikan kepada perkhidmatan perguruan.

Yang terbaru di Parlimen Kapar, tersergam indah rumah guru yang baru untuk guru-guru SMK dan SK Rantau Panjang, Klang. Ianya hanya menunggu masa untuk penghuninya dikalangan guru-guru untuk tinggal di Quaters Perguruan ini.

Semoga Umno terus mendepani segala persoalan pelajaran untuk manfaat anak bangsa dan guru tercinta.

No comments:

Post a Comment